Filem 'Tok Nab's Guest Room' akan disiarkan di in-inflight entertainment system di dalam semua kapal terbang antarabangsa MAS pada bulan Ogos
Tips Malam Pertama Pengantin Baru
Adalah penting untuk memastikan keadaan fizikal kamu bertenaga bagi menghadapi malam pertama, khususnya wanita. Pengantin perempuan biasanya lebih penat memandangkan mereka akan tidur lewat sehari sebelum berlansungnya majlis perkahwinan dan harus bangun awal untuk persiapan di hari perkahwinan. Sebagai suami yang prihatin, adalah baik jika kamu bertanyakan keadaan fizikal isteri sebelum berhasrat melayar bahtera. Malam pertama tidak semestinya dilakukan pada malam sesudah majlis perkahwinan, sekiranya pasangan kepenatan, tidak salah untuk menunggu waktu yang sesuai apabila kedua-duanya sudah benar-benar bersedia secara fizikal.
Persiapan Mental
Mental dan psikologi kamu juga harus turut bersedia untuk malam istimewa itu. Apakah kamu benar-benar sudah bersedia untuk malam itu? Bukan semua pasangan dapat merasai nikmat malam pertama dengan sepenuhnya hanya kerana ketidaksediaan mental dan psikologi. Seelok-eloknya berterus teranglah kepada pasangan sekiranya kamu belum bersedia secara mental supaya keduanya bakal menikmati malam pertama dengan sempurna.
Penuhkan Ilmu di Dada
Hubungan kelamin adalah susatu bidang baru yang perlu dipelajari lebih lanjut oleh pengantin baru. Ia ibarat kamu akan ke satu alam yang lain. Jadi sebaik-baiknya bekalkan diri dengan pengetahuan yang mencukupi tentang perkara ini. Pengetahuan ini dapat memberi panduan kepada kamu dalam melakukannya dengan betul dan seterusnya mencapai kepuasan. Suami harus tahu bahawa isteri mempunyai tindakbalas yang berbeza dan memerlukan lebih waktu untuk teransang berbanding lelaki.
Tahu Bahagian Tubuh Yang Sensitif
Apakah kamu tahu tentang bahagian tubuh yang sensitif terhadap ransangan pada diri kamu dan pasangan? Sekiranya kamu tahu tentang perkara ini akan memudahkan suami memahami sama ada isteri sudah bersedia atau tidak. Bagi isteri oula, adalah mudah untuk kamu ketahui sama ada suami telah bersedia untuk hubungan kelamin.
Jangan Makan Berlebihan
Ini lebih disarankan kepada lelaki. Kamu dinasihatkan suapaya tidak makan terlalu kenyang sebelum menikmati malam pertama. Yang akan terjadi ialah sebahagian besar darah akan berkumpul di bahagian perut kamu untuk membantu prose pencernaan makanan, akibatnya kamu tidak akan mencapai ketengangan yang diinginkan dan akan membuatkan kamu dan pasangan tidak mencapai kepuasan dalam hubungan seksual.
Biarkan Ia Menjadi Kenangan Yang Indah
Peristiwa malam pertama akan meninggalkan kesan mendalam. Ia akan menjadi kenangan indah buat pasangan suami isteri. Oleh itu, pastikan kamu melakukannya dengan penuh kelembutan dan tertib supaya ia menjadi kenangan yang indah untuk diingati
Labels:
hubungan pengantin baru
Subscribe to:
Posts (Atom)
